Monday, September 4, 2006
Thursday, August 24, 2006
Tuesday, August 15, 2006
cayalah...betul gak cakap ex-lecturer aku...yang mesia memang dah ada plan@blueprint utk projek ni
Hasrat negara bangunkan nuklear mungkin disalah anggap
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Usaha Malaysia membangunkan tenaga nuklear sebagai sumber bahan api baru bagi menggantikan minyak bakal mengundang rasa tidak senang di kalangan negara-negara maju terutama Amerika Syarikat.
Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ruddin Ab. Ghani berkata, usaha Malaysia itu akan disalah tafsir dan dianggap negara pengeluar bom nuklear seperti yang berlaku terhadap Iran.
Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha-usaha meningkatkan penggunaan teknologi nuklear bagi tempoh 10 tahun akan datang.
“Itu adalah halangan utama yang perlu kita tangani sebelum boleh melaksanakan teknologi nuklear di negara ini.
“Halangan ini bukan sahaja di peringkat antarabangsa, mungkin terdapat golongan tertentu di Malaysia yang akan menghalang usaha negara untuk membangunkan teknologi nuklear,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis merasmikan Perjanjian Kerjasama Serantau & Kursus Latihan Agensi Tenaga Atomik Antarabangsa (IAEA) dan Kursus Latihan Audit Keselamatan Kualiti Teknikal Analitikal Nuklear dekat sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Adnan Khalid dan para delegasi saintis dari beberapa buah negara Asia Tenggara.
Bagaimanapun, kata Mohd. Ruddin, halangan itu mampu diatasi sekiranya rakyat negara ini turut sama menyokong usaha kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
“Apa yang kita bimbangkan, hasrat kita ini akan disalah angap oleh pihak antarabangsa seperti yang berlaku ke atas negara Iran, biarpun tujuan negara itu membangunkan teknologi nuklear untuk perubatan dan tenaga, namun tujuan tersebut tetap mendapat halangan,’’ kata beliau.
Ujarnya, kerajaan kini amat komited untuk melaksanakan program teknologi nuklear di negara ini yang dianggap sebagai alternatif menggantikan bahan api seperti petroleum dan minyak yang ketika ini lebih mahal.
“Ketika ini, MINT sebagai agensi utama pelaksana program ini sedang giat mengumpul peralatan dan tenaga pakar bagi mengerakkan teknologi nuklear.
“Selepas itu, kajian lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan loji nuklear,’’ katanya.
Kata beliau, penggunaan teknologi nuklear di negara ini bukan lagi isu baru tetapi fungsinya lebih banyak digunakan dalam bidang perubatan.
Wednesday, August 2, 2006
Kekadang aku tak paham ngan perangai manusia…
Especially kalau related dengan ngan bajet atau kewangan…
Ni cite pasal….nak gi bercuti……sebab…adalah orang tu…
Dah plan(beli tiket & informed) aku rasa hampir 9 bulan dulu pasal plan nak g bercuti….
Aleh2 dia kata takde duit..pelik tul aku…bukannya dia tak tau yang benda ni dah plan lama…bukannya sesuatu yang adhoc…dan bukanlah nak kata aku ni banyak duit ke ape….Cuma since dah tau nak gi plan bercuti….prepare la awal2….bukan ker dah rugi ..since tiket dah beli….tapi tak pegi….
Hai manusia2…macam2 karenah….dan ragam….yang pastinya ragam dorang ni semua memang aku takleh nak ikut…hehehe..dan tak nak aku ikutkan pun….
Ape-apepun kalendar Ogos ni tahun memang bz…..kebetulan plak cuti semester…best best….COE utk aku dan family aku sepanjang Ogos ni….for weekend :
4 – 7 Ogos – insyaAllah ke
12 Ogos – Sunway Lagoon – Family Day…..haikal sure suka gi mandi ni
20 Ogos – Grand TT avanzamalaysia.com
25 – 27 Ogos – Port Dickson – golfing…
Pendek kata….selagi badan sihat bawak2 lah bercuti sambil mendekatkan diri dengan Allah…..berehat laaa
insyaAllah semua plan ni success…
AMIN
1 good news 1 bad news…
Start with the good news first, received letter for HR regarding new salary…hehehe…Alhamdulilah…naik la sket gaji yang seciput ni…hehehe…dapat laa bawak belanja gi Bandung….
And the bad news is….pantang tul aku ngan orang2 yang dok luar dari dept aku ni…bukan ape…siap komen kat bos aku lagi…komen bagitau yang aku ni asyik turun gi jumpa customer…macam si** dah tentu memang keje aku….dari jawab telefon, email dan juga face to face ngan customer…bukan aku nak sangat jumpa customer…..dah bos aku suh turun pi layan….si**……
So lepas ni, bos aku cakap…takyah turun lagi…dia akan suruh orang lain turun..yahoooo.com …..memang letih entertain client especially utk unit aku ni…..
Ape2pun haikal skang dah bleh merangkak…satu umah dia pusing…
Lepas ni….aku nak buat entry pasal kes yang dikejar tak dapat…yang dikendung berciciran plak….
Monday, July 31, 2006
Bosan suit dapat kawan yang jenis macam ni…
Plan beriya2..last minute cancel ..macam ci***
Kalau plan jadi pun, last minute mesti ada plan nak kene ubah….macam ci***
Bape kali dah aku terkene ngan si dia ni….janji iyer2..last2 kansel….
Siap bagi assurance masa mula2 deal dulu…last2 hampeh…
Tak kira kalau si dia ada terbaca ke idak….
Cuma aku bukan tak suka kawan ngan orang macam ni…
Cuma next time toksah asyik memanjang deal sesuatu event/benda ke ape ke..kalau ko memang takleh nak tepati masa….
Orang leh boring kawan ngan ko….termasuk laa aku…naik boring nak kawan ngan ko..
Mungkin ko ni dimanjakan sangat kot dulu..sampai terbawa2 dah besar panjang ni pun suka nyusahkan orang….
Orang lain pun bz gak ngan agenda masing2 tapi tau jer nak handle..
Sia* tul laa…
Sib baik aku tak mengharap plan esok menjadi..kalau tak sia2 je…sia*
Sib baik esok aku menanti
Dah lama aku tak memaki kawan..tapi sebabkan sikap ko yang cam sia* ni …terpaksalah aku maki…
Thursday, July 27, 2006
- 1 channel TV jer….milik kerajaan…siaran selama 5 jam je sehari..mostly on propaganda nasionalism…
- Setiap rakyat diberi rumah percuma…
- Setiap rumah ada speaker dari kerajaan…setiap bilik ada satu speaker…dapur pun ada…siarkan radio kerajaan..takleh nak off radio.cume leh slow kan volume jer…
- 6 penerbangan sahaja dibenarkan mendarat di airport dorang…
- Beijing adalah satu2nya negara yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.
- Perayaan hari merdeka diadakan 3hari 3 mlm…pergh bes
- Setiap hari tepat jam 7 pagi….loceng kerajaan dibunyikan di setiap kawasan perumahan…
- Sumber ekonomi dijanakan secara domestic…..dasyat dorang ni..
- Pemimpin agung mereka adalah JENERAL..dan menjadi impian setiap kanak2 di sana utk mewakili kumpulan sukan rakyat yang akan buat show depan JENERAL masa merdeka
Ni je sedikit sebanyak pasal korea utara yg aku summarise kan dari discovery channel…yang best US pun takut ngan dorang ni….dari segi ketenteraan..aku penah terbaca satu artikel bahawa…korea utara ni ada satu kapal perang..bentuk cam jet ski…kemampuan peluru dia..boleh tenggelamkan kapal sebesar kapal titanic…dasatt….ekonomi dorang mostly dijanakan melalui kilang2 buat peluru….and the best thing is….dan US pun takleh buat ape2 ialah….duit palsu US datang dari korea utara….hehehhe…caya laaa….